Khamis, 15 Oktober 2009

ORIGAMI ( 300 MODEL )

Selamat bercuti dan selamat menyambut Deepavali. Kali ini saya ingin kongsikan hobi terbaru saya, iaitu membuat origami. Origami sebenarnya bukan sahaja aktiviti seni dan kreativiti yang hanya untuk dijadikan hiasan dan kebanggaan tetapi ianya lebih daripada itu. Menurut kajian katrin dan Yuri Shumakov(Rostov State University, 2000) dalam Thesis Phd mereka, latihan origami boleh membantu meningkatkan interaksi otak kiri dan otak kanan kanak-kanak.
Antara dapatan yang diperolehi daripada kajian mereka ialah:

- Origami dapat membantu meningkatkan keupayaan perkembangan motor, intelektual dan kebolehan kanak-kanak. Ianya juga praktikal digunakan pada kesedaran psikoteraputik dan psiko pembetulan kerja-kerja dengan pelajar-pelajar.

- Kejayaan menguasai origami sebagai penunjuk koordinasi bimanual/dua tangan yang baik dan merupakan satu daripada sifat-sifat interaksi interhemispheric. Ujian keupayaan origami yang menunjukkan keupayaan kanak-kanak untuk mengulangi langkah demi langkah lipatan model ringkas boleh digunakan oleh ahli-ahli psikologi sebagai satu komponen dalam mengukur ineraksi interhemispheric.

- Dinamika kegiatan hemisfera-hemisfera telah disiasat pada kegiatan bimanual/dwitangan semasa pembelajaran origami. Eksperimen yang dibuat membuktikan yang latihan origami berdasarkan kegiatan asymmetrical bimanual mewujudkan interaksi intensif hemisfera-hemisfera dan berkesan untuk membangunkan keupayaan-keupayaan motor pada kedua-dua belah tangan, keupayaan-keupayaan intelektual dan kreatif kanak-kanak berumur 7-11 tahun.

Untuk bacaan lanjutan anda boleh ke link di bawah;



Bagi yang inginkan teknik dan cara lipatan origami, disini saya kongsikan bahan untuk lipatan hampir 300 model origami. Untuk mendapatkannya anda boleh klik dan download melalui link di bawah:





SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan