Khamis, 18 Februari 2010

MENYEDIAKAN IMEJ UNTUK PERSEMBAHAN POWERPOINT

tutorial

Posting yang lepas kita telah melihat bagaimana untuk mendapatkan imej daripada Google. Kali ini kita akan meggedit imej yang disalin daripada Google untuk digunakan dalam persembahan powerpoint.

Imej yang paling senang digunakan untuk persembahan multimedia ialah dalam format .gif. Ianya adalah dalam saiz yang kecil dan lebih melicinkan proses animasi. Saiz imej adalah penting..biasanya untuk tujuan persembahan dan lembaran kerja kita menggunakan imej dengan resolusi 640x480 piksel. atau lebih kecil. Imej yang bersaiz besar akan menyebabkan fail kita bertambah besar, tidak hairanlah bila kita mendengar untuk meghasilkan satu penerbitan majalah sekolah kita terpaksa usung laptop untuk diberikan kepada syarikat percetakan kerana saiz fail mencecah lebih 10GB. Bayangkan jika satu gambar pada resolusi tinggi boleh mencecah 1MB digunakan, Untuk posting akan datang saya akan cuba memperincikan format imej dan saiz imej.

untuk muat turun nota sila klik link di bawah:

DOWNLOAD

untuk komen nota ini sila buat catatan pada bahagian Ulasan/comment

Tiada ulasan:

Catat Ulasan