Isnin, 3 Mei 2010

MODUL TERAS ASAS BAHASA MELAYU: VKVK

VKVK
Bahan ini terdiri daripada kad gambar, kad huruf vokal a,e,i,o,u, kad gambar, kad suku kata kvk, kad perkataan dan lembaran kerja.
Langkah:
1. Murid membunyikan vokal a,e,i,o,u
2. Murid membunyikan sukukata – carta suku kata
3. Guru meminta murid mengambil kad gambar yang disukai dan menamakan objek dalam gambar.
4. murid mengambil kad vokal dan berdiri di sebelah murid yang memegang gambar dan membunyikannya.
5. Guru meletakkan kad kvk di satu tempat.
6. Guru meminta murid lain bergilir-gilir mengambil sebarang kad kvk yang bersesuaian untuk dipadankan dengan kad vokal awal.
7. Murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.
8. Murid menulis perkataan berdasarkan gambar yang diberi pada lembaran kerja.
9.Murid mengeja dan menyebut perkataan. guru membimbing murid mencatum 2 kad perkataan untuk menjadi frasa.
10. Murid menulis frasa tersebut.
11. Murid membaca frasa yang ditulis.
12. Murid membaca kad-kad perkataan . contohnya itik, emak, ular, bela, ini, sawa.
13. Guru membimbing murid menyusun kad perkataan agar menjadi ayat mudah. contohnya; Emak bela itik

Untuk muat turun bahan, sila klik link di bawah

 SUMBER: Siri Panduan Guru Prasekolah BPK Kementerian Pelajaran Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan